Tapak warisan UNESCO di Malaysia

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, isu tapak warisan UNESCO hangat diperkatakan.

Ia ekoran daripada cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming yang ingin menyenaraikan Kampung Baru Cina sebagai tapak warisan UNESCO.

Tahukah anda Malaysia sudahpun mempunyai kawasan-kawasan tertentu yang sudah dijadikan tapak warisan UNESCO di bawah dua kategori.

Kategori pertama ialah senarai warisan dunia. Ini ialah senarai yang diperakukan sebagai tapak warisan.

Kategori kedua ialah senarai sementaraan. Senarai sementaraan ialah senarai yang dikemukakan oleh negara untuk dicalonkan sebagai tapak warisan budaya atau alam sekitar.

Menurut UNESCO, Malaysia mempunyai 4 tapak warisan dunia.

Dua ialah daripadanya ialah tapak warisan budaya manakala dua lagi tapak warisan semulajadi.

Tapak warisan budaya pertama ialah bandar Georgetown dan Melaka. Status tapak warisan diperoleh pada tahun 2008.

Tapak warisan budaya kedua ialah tapak warisan arkeologi Lembah Lenggong pada 2012.

Malaysia memperoleh tapak warisan alam semula jadi lebih awal berbanding dengan tapak warisan budaya.

Pada tahun 2000, Taman Negara Gunung Mulu dan Gunung Kinabalu serta kawasan sekitarnya diisytiharkan sebagai tapak warisan semulajadi.

Buat masa ini, enam kawasan disenaraikan di bawah senarai sementaraan.

Taman Negara merupakan kawasan pertama yang termasuk dalam senarai sementaraan, iaitu seawal 2014.

Hutan FRIM di Selangor, permatang kuartz di Klang Gates, Gombak, Selangor dan Taman Negeri Royal Belum di Perak dicalonkan oleh kerajaan pada tahun 2017.

Pusat Kawalan Kusta Kebangsaan dicalonkan pada tahun 2019. Ia asalnya dikenali sebagai Pusat Kusta Sungai Buloh.

Ia berfungsi sebagai pusat kusta sejak 1930.

Gua Niah ialah tapak terakhir yang dicalonkan oleh Malaysia iaitu pada tahun 2021.

AKAN DATANG: Syarat-syarat untuk menjadi tapak warisan sedunia