Datuk Seri Prabowo Subianto bekas pelajar VI
Calon presiden Indonesia Prabowo Subianto yang mendahului pilihan raya Indonesia mempunyai kaitan rapat dengan Malaysia.
Presiden parti Gerindra pernah menjadi pelajar Victoria Institution (VI) di Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur dari tahun 1962 hingga 1964.
Prabowo pernah meluahkan perasaan ketika melawat Malaysia dalam bulan November 2019.
“Ia seperti pulang ke kampung untuk saya. Kuala Lumpur mengimbur masa muda ketika saya bersekolah dan membesar di sini,” katanya kepada media, lapor The Star.
Bapa beliau Sumitro Djojohadikusumo pernah menjadi menteri di bawah pentadbiran presiden Soekarno dan Soeharto.
Perbezaan politik dalam dekad 1960-an menyebabkan Sumitro membuang diri ke Singaura, Malaysia, Thailand, Switzerland dan United Kingdom.
Dua tahun lalu Prabowo menerima darjah Datuk Seri dari Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.