Kes saman terhadap Siti Mastura dibicarakan dalam bulan Sept

Perbicaraan kes saman fitnah oleh pimpinan DAP terhadap Siti Mastura Muhammad (PN-Kepala Batas) akan berlangsung pada bulan September.

“Mahkamah telah memutuskan kesemua tiga kes akan dibicarakan pada 2,3,17,18,19 dan 20 Sept 2024,” kata Datuk N Sankara Nair, peguam pimpinan DAP.

Perkara ini diputuskan semalam oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Quay Chew Soon.

Pimpinan DAP yang terdiri daripada pengerusi DAP kebangsaan Lim Guan Eng, bapa beliau Lim Kit Siang dan naib pengerusi Teresa Kok.

Dalam satu ucapan Siti Mastura mendakwa bahawa keluarga Lim adalah sepupu kepada setiausaha Parti Komunis Malaya yang lebih dikenali sebagai Chin Peng. Nama sebenarnya ialah Ong Boon Hua.

Siti Mastura turut mendakwa bahawa Kok mempunyai tali kekeluargaan dengan isteri Guan Eng.

Beliau turut membuat dakwaan sama terhadap pengasas Singapura moden, mendiang Lee Kuan Yew.

Kegagalan Siti Mastura untuk membuktikan perkara ini menyebabkan saman tersebut difailkan.