Pempengaruh PN Ratu Naga ditahan SPRM

Pempengaruh pro Perikatan Nasional Syarul Ema Rena Abu Samah yang lebih dikenali sebagai Ratu Naga telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pagi tadi.

Peguam beliau Nabila Khairuddin mengesahkan Ratu Naga ditahan selepas SPRM menyerbu rumahnya di Jalan Klang Lama sekitar 9 pagi.

Punca penahanan tidak diketahui.

“Saya dalam perjalanan ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya. Pegawai penyiasat akan memberikan saya butiran lanjut setelah bertemu secara langsung,” kata Nabila, lapor FMT.