Peruntukan anti lompat bakal teruji, PSB dibubar esok

Peruntukan anti lompat parti di dalam perlembagaan negara bakal teruji berikutan keputusan Parti Sarawak Bersatu untuk dibubarkan esok.

Buat masa kini PSB mempunyai tiga Adun iaitu Datuk Wong Soon Koh (Bawang Assan) Johnical Rayong (Engkilili) dan Baru Bian (Ba’kelalan)

Tiga penyandang Adun dipilih kerana PSB bertanding sebagai pembangkang. Apa akan jadi sekiranya PSB terbubar dan mereka menyertai komponen parti pemerintah PDP?” soal Senator Abun Sui Anyit yang merupakan timbalan pengerusi PKR Sarawak.

“Adakah ia bercanggah dengan undang-undang anti-lompat parti yang diluluskan di parlimen? Sebagai ahli politik, saya berpandangan ia perbuatan lompat parti.

“Pengundi memilih mereka sebagai YB kerana mereka pembangkang. Kini mereka mahu menyertai kerajaan tanpa pilihan raya kecil.

Ini lompat parti namun hanya mahkamah boleh mengemukakan arahan agar ada kesan undang-undang,” kata Abun Sui, lapor The Vibes.

Buat masa kini Wong ialah ketua pembangkang DUN Sarawak.

Seramai 80,000 ahli PSB bakal menyertai PDP.

Susunan pembangkang di DUN Sarawak kini ialah PSB tiga, DAP 2. Blok pemerintah – GPS, 76. ADUN Batu Lintang See Chee How – Bebas.