Penjawat awam cemerlang maut jatuh kondo

Seorang penjawat awam maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 21 sebuah kondominium di Cheras, Kuala Lumpur, kelmarin.

Kejadian dilaporkan kira-kira jam 9 malam.

Mayat mangsa ditemui terbaring oleh pengawal keselamatan di kaki lima di Blok C kondominium terbabit.

Mangsa berusia 40 tahun itu dilapor mempunyai lima anak dan pernah menjadi penerima Anugerah Cemerlang perkhidmatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin, mangsa adalah wanita tempatan dan siasatan masih diteruskan.

BACA JUGA Orang muda mati mengejut semakin meningkat