Penafian Isma sukar dipercayai

Oleh ALIFF AHMAD

Memang takkan bermudahan percaya penafian sebegini.

Sudah maaruf dalam kalangan ahli lembaga pemegang amanah (Board of trustees) AmanPel ialah orang kuat atau bertaraf ayatolla dan ayatilla.

Mari saya senaraikan:

  1. Dollah Zaik – bekas presiden ISMA yang kini menjadi amir ISMA.
  2. Ir. Zaini Awang – bekas AJK biro dakwah ISMA.
  3. Wan Hisyam Wan Embong – biro tugas-tugas khas ISMA 2015-2017.
  4. Hasimah Salleh – bekas AJK biro dakwah ISMA.
  5. Mohamad Ismail – tokoh ilmuan ISMA.

Susah akal saya yang sihat nak terima penafian sebegini.

Lebih-lebih lagi, bekas presiden ISMA, Ustaz Fauzi Asmuni ada menceritakan bagaimana AmanPel “melarikan” duit untuk katanya mengelak cukai.

Bagaimana orang ISMA itu tahu modus operandi AmanPel?

Dengar penerangan Ustaz Fauzi tentang operandi AmanPel.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=122114320610113067&id=61553392030543

Kalau ISMA tidak terlibat, bagaimana Ustaz Fauzi Asmuni dengan yakin menerangkannya walaupun akhirnya membuka banyak persoalan lain.

BACA JUGA Isma jauhkan diri selepas pemimpin Aman Palestin didakwa