PM ziarah Menteri Ekonomi di hospital

Perdana Menteri menziarahi Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang sedang dirawat di hospital.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan wakil rakyat PKR itu diberikan kesembuhan segera.

“Berkesempatan ziarah Menteri Ekonomi, saudara Rafizi Ramli yang sedang dirawat di hospital.

“Alhamdulillah, keadaan beliau bertambah baik. Mendoakan saudara Rafizi diberikan afiyah sesegera mungkin.

“Insya-Allah,” katanya menerusi laman Facebook dan X hari ini.

Rafizi Ramli

Berdasarkan foto yang turut dikongsi, Rafizi dipercayai mendapat rawatan di Wad Eksekutif, Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM).

Anwar bersama pegawai dan kakitangan Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM).

Bagaimanapun, Anwar yang juga Presiden PKR itu tidak memaklumkan tarikh dan waktu ziarah tersebut.

Sebelum ini, Rafizi pada Oktober tahun lalu dilapor mengalami serangan jantung dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Ahli Parlimen Pandan yang berusia 46 tahun itu kemudiannya dilaporkan stabil.

BACA JUGA Rafizi akui dah lama ‘uninstall’ WhatsApp