Nombor plat ‘GOLD 1’ milik Agong, dibida RM1.5 juta tertinggi dalam sejarah!

Nombor pendaftaran plat khas ‘GOLD 1’ kini menjadi milik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selepas ia dibida dengan nilai tertinggi dalam sejarah negara, sebanyak RM1.5 juta.

Sultan Ibrahim dalam perkongsian di Facebook mengumumkan, RM 1.5 juta itu akan disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan.

“Nombor plat kenderaan keluaran khas “GOLD 1” menjadi milik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selepas membida nilai tertinggi dalam sejarah negara, sebanyak RM1.5 juta yang akan disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan,” katanya.

GOLD 1

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima mengadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke hari ini (20 Februari) di Istana Negara.

Dalam pertemuan itu, Anthony Loke turut mempersembahkan secara simbolik nombor plat kenderaan berkenaan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Tahun lalu, Sultan Ibrahim turut menjadi pemilik kepada nombor plat ‘FF 1’ dengan bidaan nilai sebanyak RM1.2 juta.

BACA JUGA Mahu wujudkan ‘Kerajaan 9’, Mawla konon ada susur galur Nabi dipantau polis