Hamas terima bantuan perubatan untuk tawanannya

Hamas telah mengesahkan bahawa mereka menerima bekalan perubatan menerusi rundingan yang diketuai oleh Qatar. Mereka juga telah mula mengedarkan bekalan tersebut kepada tawanan yang ditahan di Gaza, kata wakil kementerian luar Qatar.

Usaha ini adalah hasil daripada rundingan Qatar dan Perancis dengan Israel dan Hamas pada bulan laluuntuk membolehkan bekalan perubatan kecemasan dan kemanusiaan dihantar kepada tawanan Hamas di Gaza, lapor Reuters.

“Qatar telah menerima pengesahan ini sebagai perantara di dalam perjanjian tersebut dan ini termasuk kemasukan perubatan dan bantuan kemanusiaan kepada orang awam di Semenanjung gaza di kawasan yang paling terkesan untuk penghantaran perubatan kepada tawanan di sektor tersebut,” kata wakil kementerian luar Qatar, Majed al-Ansari dalam satu kenyataan.