Harakah mainkan sentimen meskipun ditegah Sultan Selangor
Media Pas, Harakah tetap meneruskan sentimen menghina sistem kehakiman meskipun Sultan Selangor telahpun bertitah agar semua pihak tidak berbuat demikian.
Tajuk utama muka depan Harakah ialah Black Friday.Black Friday merujuk kepada ulasan yang dibuat oleh setiausaha agung Pas, Datuk Takiyuddin Hasan yang juga merupakan seorang peguam.
Takiyuddin Hassan dan Harakah merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengharamkan 16 seksyen di dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kelantan (I) 2001 atas alasan ketidakperlembagaan.
Kes tersebut difailkan oleh peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid ke atas kerajaan negeri Kelantan yang menggubal undang-undang tersebut.
Harakah turut memberikan gambaran seolah-olah perundangan syariah terancam walaupun ia tidak sebegitu rupa.
Dalam perkembangan berkaitan, Jawatankuasa Khas Mengkaji Bidang Tugas Mahkamah Syariah (JKMBTMS) telahpun ditubuhkan di bawah Majlis Kebangsaan Hal- Ehwal Agama Islam (MKI) untuk mendalami kebolehan dewan undangan negeri menggubal undang-undang di peringkat negeri.