Taib Mahmud meninggal dunia

Bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud meninggal dunia hari ini.

Perkara ini disahkan Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Ekonomi Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Nurr Shaffique Abdul Karim dalam Facebook rasmi Hanifah.

“Kembalinya ayahanda YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib yang dikasihi, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud kepada penciptaNYA, lebih kurang 4.40 pagi, 21 Februari 2024 bersamaan 11 Syaaban 1445 Hijrah,” katanya.

Jelasnya, pengurusan jenazah akan dilakukan di Masjid Negara, Kuala Lumpur sebelum dibawa balik ke Kuching, Sarawak.

“Semoga rohnya tempatkan di bersama roh orang yang beriman dan beramal soleh,” ujarnya.

Taib pernah memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak untuk tempoh paling lama dalam sejarah Sarawak iaitu sejak tahun 1981 sehingga 2014.