Percepatkan pelaksanaan Strategi Anti – Rasuah Nasional: Zuki Ali

Banyak lagi kerja perlu dibuat untuk memperbaiki kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dan ini termasuk mempercepatkan pelaksanaan Strategi Anti – Rasuah Nasional, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Zuki Ali.

“Kedudukan kita di dalam CPI menunjukkan negara bertambah baik dalam sistem undang-undang dan kehakiman.

“Ini adalah kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Jabatan peguam Negara telah menyiasat kes berprofil tinggi yang dibantu dengan komitmen dan profesionalisme perkhidmatan awam.

“Bagaimanapun kita tidak boleh berpuas hati kerana masih ada kerja yang perlu dibuat untuk meningkatkan kedudukan negara dalam CPI,” kata beliau dalam ucapannya di Konvensyen Pegawai Intergriti Bertauliah.

Sebagaimana yang telah dikatakan oleh Perdana Menteri sebelum ini, beliau gembira dengan sumbangan badan penguatkusas terutamanya SPRM, polis dan Jabatan Peguam Negara.

“Bagaimanapun beliau mahukan kita meneruskan usaha. Ini termasuk mempercepatkan pelaksanaan Strategi Anti – Rasuah Nasional,” kata beliau.