Ringgit lemah sebab faktor luar, data ekonomi kita masih baik

Oleh AHMAD MURSI

Pembangkang menuduh PMX gagal pulihkan ekonomi negara dengan hanya merujuk kepada nilai ringgit berbanding USD.

Jika ringgit lemah disebabkan pertumbuhan ekonomi kita jatuh, kadar pengangguran dan inflasi tinggi, kadar pelaburan rendah, bolehlah disalahkan Kerajaan Madani.

Tapi data ekonomi kita positif. kadar inflasi dari 4% turun ke 1.5% berbanding beberapa negara maju dan negara serantau yang masih tinggi.

Kadar pengangguran berjaya turun 3.3% sama seperti sebelum covid. Pelaburan diluluskan RM225billion sembilan bulan pertama 2023 tertinggi sejak 10 tahun. 89,495 rakyat dapat kerja.

Sektor pelancongan pulih dan dijangka 26juta pelancong akan tiba pada 2024.

Tidak dinafikan PMX pernah kritik kejatuhan matawang kerana kelemahan dasar kerajaan termasuk inflasi diluar kawalan, ketidakstabilan kerajaan yang menghilangkan keyakinan pelabur dll.

Tapi kejatuhan matawang hari ini disebabkan faktor luar negara. Prospek Ekonomi China yang jadi rakan dagang terbesar, geopolitik, Interest rate US.

Kadar Faedah US 5.5% beri tekanan kepada ringgit kerana OPR kita hanya 3%. Misalnya jika pelabur yang ada USD1juta, bezanya besar jika simpan USD berbanding RM.

Jika pembangkang mahukan kerajaan menaikkan OPR, itu bukan pilihan yang baik kerana rakyat terpaksa bayar hutang lebih, menekan syarikat kecil dan sederhana yang ada pinjaman dan melemahkan pertumbuhan ekonomi negara.

Bila PMX minta Gabenor BNM yang jawab perihal Ringgit, itu kerana Monetary Policy adalah autonomi BNM. Kerajaan pula jaga polisi fiskal.

Atas BNM lah untuk tentukan OPR atau membuat intervensi bagi menjaga nilai ringgit.

  1. Matawang negara akan rosak jika diberi kepada ahli politik membuat dasar populis seperti idea Wan Fayshal semasa menjadi Timbalan Menteri untuk ‘cetak wang’ dan agih untuk menangi hati rakyat.

Saya bukan ekonomis, tapi cuba mudahkan bahasa ekonomis yang memeningkan orang biasa seperti saya.