Kadar inflasi, OPR berjaya dikawal

Meskipun USD1 bersamaan RM4.78, kerajaan telah berjaya mengawal kadar inflasi dan kadar dasar semalaman (OPR).

Satu perbandingan yang melibatkan Kesatuan Eropah dan 13 negara lain menunjukkan Malaysia di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengawal kadar inflasi dan OPR.

Hasil perbandingan dibuat oleh TradingView menunjukkan Malaysia memperoleh kedudukan ketiga terendah untuk inflasi dengan kadar 1.5 peratus manakala kadar OPR sebanyak 3 peratus meletakkannya di tempat kedua.

Hanya dua negara mempunyai kadar inflasi yang kurang berbanding Malaysia iaitu China dengan kadar inflasi -0.8 peratus dan Thailand dengan kadar 1.11 peratus

Untuk OPR pula hanya Thailand mempunyai kadar OPR lebih rendah iaitu Thailand dengan 2.5 peratus.

Kadar inflasi tertinggi dialami oleh India dengan inflasi sebanyak 5.1 peratus dan OPR sebanyak 6.5 peratus.

Di peringkat tempatan kadar inflasi sebanyak 1.5% dan OPR sebanyak 3 peratus dicapai tanpa perlunya mewujudkan pasukan khas jihad tangani inflasi di bawah kepimpinan pentadbiran terdahulu di bawah mantan perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ketika Tan Sri Annuar Musa mempengerusikan pasukan khas tersebut, kadar inflasi Malaysia ialah 4.7 peratus.

Pasukan tersebut telah ditubuhkan pada 29 Jun 2022 dan dibubarkan oleh Anwar susulan kegagalan untuk menurunkan kadar inflasi.