Malaysia di kedudukan empat teratas peringkat Asean, tawar gaji purata tertinggi

Malaysia menduduki tempat keempat dalam senarai negara Asean dengan purata gaji tertinggi, menurut wagecentre.com

Negara ini menawarkan purata gaji USD565.

Negara dengan purata gaji tertinggi ialah Singapura dengan USD4985 dan diikuti rapat oleh Brunei Darussalam dengan USD3590.

Indonesia di tangga ketiga menawarkan purata gaji yang lebih sedikit berbanding dengan Malaysia – USD600.

Tujuh negara Asean lain menawarkan purata gaji yang lebih rendah berbanding Malaysia.

Filipina di tempat kelima menawarkan USD545.

Kedudukan tercorot dipegang oleh Laos dengan USD130.