Walaun putar isu plat nombor kereta Rara pula, ini penjelasan MP Bentong

Pembangkang yang juga mesra dipanggil walaun dilihat putar berkenaan isu plat nombor pendaftaran kenderaan milik Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman.

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau sudah menukar plat nombor pendaftaran kenderaan miliknya itu mengikuti spesifikasi ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Dalam masa sama, beliau menegaskan perkara berkenaan kes lama dan mengakui kesalahan itu pernah dilakukannya sebelum ini.

“Ya, betul ada kesalahan yang dibuat tapi saya telah menukar nombor plat tersebut,” katanya menerusi aplikasi X.

Menerusi hantaran sama, Young Syefura turut berkongsikan plat nombor kenderaannya yang telah ditukar mengikut spesifikasi yang ditetapkan JPJ.

“Kenapa recyle isu yang lama berulang-ulang? Ini nombor plat sekarang di kedua-kedua kereta.

“Untuk pengetahuan pihak JPJ pun ada keluarkan notis bagi mengarahkan nombor plat kenderaan ditukar mengikut spesifikasi.

“Jadi jangan fitnah JPJ kata tiada ambil tindakan,” tambah beliau lagi.

Terdahulu, tular foto nombor plat kenderaan milik Young Syefura yang dikatakan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

BACA JUGA Prestasi cemerlang menteri DAP diyakini mampu pikat sokongan rakyat