Walaun sibuk beli nasi lemak guna USD, sakit hati pelaburan terbesar diluluskan

Oleh AHMAD MURSI

RM329.5 bilion pelaburan asing dan domestik diluluskan pada tahun 2023. Patutnya bersyukur dan bukannya sakit hati.

Fikirkanlah hal rakyat yang dapat cari makan dengan 127,000 potensi peluang kerja diwujudkan.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebut, biasanya 85% pelaburan langsung asing (FDI) direalisasikan.

Lebih besar nilai diluluskan, lebih besarlah jumlah potensi yang direalisasikan.

Syukurlah kerajaan stabil dan kita ada PMX, YB Zafrul dan menteri-menteri yang kerja bersungguh-sungguh tarik pelabur. Pelabur yakin dengan kita dah memadai.

Biarlah pembangkang yakin ekonomi kita merudum hanya kerana nilai ringgit. Apabila kadar faedah Amerika Syarikat (AS) turun dan ringgit mengukuh, ‘tercedoklah’ pembangkang nanti.

Pakar ekonomi dah ulas, ringgit lemah berbanding USD ketika ini sebab dua faktor luar berlaku serentak (1) Beza kadar Faedah US-Malaysia (2) Prospek ekonomi China yang tidak menentu.

Kita pula dah mula guna matawang tempatan (bukan USD) berdagang dengan China (25% atau RM250bil), Thailand (20%) dan Indonesia (18%).

Walaun sibuk beli nasi lemak guna USD. Kerajaan pula mula usaha jauhi USD. Harap de-dollarization berjaya di seluruh dunia.

Patut kita risau jika disebabkan ringgit lemah, maka ekonomi meleset, tiada pelabur nak masuk, ramai kena buang kerja, inflasi tinggi. Tapi sebaliknya berlaku sekarang ini.

Mujurlah kita ada pemimpin yang faham ekonomi. Tak perlu tubuh Pasukan Jihad Tangani Inflasi. Tak perlu Duta Khas bertaraf Menteri untuk tarik pelabur.

“Perdana Menteri kita adalah jurujual terbaik Malaysia. Beliau memudahkan kerja saya (menarik pelabur),” kata Tengku Zafrul.