Kes Aman Palestin: Mahkamah sivil tiada kuasa beri kebenaran semakan kehakiman

Jabatan Peguam Negara dalam bantahan terhadap semakan kehakiman ke atas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhujah bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai kuasa untuk memberi kebenaran dalam kes pembekuan 11 akaun Aman Palestin.

AGC berkata pelaksanaan fungsi atau kuasa yang mempunyai kaitan dengan proses siasatan jenayah tidak boleh diubah melalui semakan kehakiman.

Mahkamah dalam membuat keputusan sedemikian, berulang kali mengingatkan bahawa dengan membenarkan semakan kehakiman terhadap pelaksanaan fungsi berkaitan proses siasatan jenayah akan membuka laluan untuk cabaran setiap pelaksanaan fungsi sedemikian, hujah AGC.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Amarjeet Singh menetapkan 21 Mac untuk keputusan sama ada akan membenarkan permohonan Aman Palestin itu.

Tarikh itu ditetapkan selepas hakim mendengar hujah lisan peguam Aman Palestin Muhammad Rafique Rashid Ali dan hakim kanan persekutuan Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi bagi pihak SPRM.

Pada 31 Januari Aman Palestin memfailkan cabaran undang-undang terhadap tindakan SPRM membekukan akaun banknya dan beberapa lagi entiti.

Â