Sesi Dewan Rakyat hari ini bermula dengan sesi pertanyaan menteri

Datuk Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh) meminta Menteri Pertahanan Datuk Mohamad Hasan berhubung isu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang menyaksikan peletakan jawatan pegawai kanan baru-baru ini dalam sesi pertanyaan menteri.

Rodziah Ismail (PH-Ampang) meminta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berhubung status terkini peruntukan RM509 juta yang dijanjikan oleh mantan menteri bagi pembinaan lima blok pangsapuri kos rendah untuk 3,000 penduduk yang rata-ratanya di Glat Taman Sri Berembang Port Klang yang tidak selamat.

Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) membangkitkan isu peruntukan naik taraf kemudahan sekolah rendah dan sekolah menengah di kawasan parlimennya kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Dalam sesi jawab lisan, Dr Richard Rapu Begri (GPS-Betong) bertanya mengenai keberkesanan inisiatif Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) mencapai objektif.

Seorang lagi ahli parlimen pembangkang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) bertanya berkenaan usaha melindungi undang-undang enakmen syariah negeri daripada cabaran, termasuk Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

Usul penghargaan titah ucapan Agong jadi keutamaan

Usul penghargaan titah ucapan Yang Dipertuan Agong akan dibuat oleh Azli Yusof (PH-Shah Alam).

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat hari ini, satu pindaan kepada RUU Bantuan Bersama dalam Perkara Jenatah dijadualkan untuk bacaan kali kedua.

RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 juga dijadualkan untuk bacaan kali kedua. Kedua-dua RUU ini dijangka dibawa oleh Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Azalina Othman Said.

Tiga RUU lain yang tersenarai untuk bacaan kali kedua ialah:

RUU Universiti dan Kolej Universiti oleh Menteri Pendidikan Tinggi
RUU Undang-Undang Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) oleh Menteri Kerja Raya
RUU Kualiti Alam Sekeliling oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Perlu diingat, RUU yang tersenarai di atas secara lazimnya tidak akan dibentang untuk bacaan kedua seawal hari kedua selepas titah Yang Dipertuan Agong.