Kalau kerajaan boleh sekat sendiri, tak perlulah nak ‘request’…

Golongan ‘cytro’ (laskar siber) pembangkang dilihat cuba menyambung naratif Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kononnya kerajaan menurunkan kandungan di media sosial kerana takut dengan kritikan rakyat.

Malah, laskar siber Perikatan Nasional (PN) turut gigih mengemukakan ‘bukti’ dengan penyebaran tangkap layar berita dalam sebuah portal bertajuk, “Meta, TikTok report jump in Malaysian govt requests to remove content in 2023”.

Walau bagaimanapun, cubaan ‘cytro’ PN itu untuk mengeksploitasi kata ‘request’ dalam berita The Edge itu kemudiannya hanya dihujani kecaman warganet.

Request tu maksud mohon bukan arahan.

Request dalam bahasa Melayu maksudnya ‘permintaan’. Takut tak faham perkataan tu.

Request, not necessarily must be granted.

“Kalau kerajaan boleh sekat sendiri tak perlulah nak ‘request’ Meta dan TikTok.

“Kalau dah request mesti kena nyatakan sebab. Dan sebabnya berita palsu. Ni hang bersuara macam orang makan ta**, takdak pun kena sekat dengan kerajaan,” demikian antara kecaman netizen terhadap dakwaan penyokong PN.

Semalam, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching pada sidang Dewan Rakyat memaklumkan bahawa penyedia platform media sosial tidak menerima sebarang arahan daripada kerajaan untuk menurunkan mana-mana kandungan.

Sebaliknya, kata Ahli Parlimen Kulai itu, penyedia platform media sosial seperti Facebook, Tiktok dan X akan membuat penilaian sendiri.

Jelasnya, mengikut prosedur, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKKM) akan mengemukakan permintaan kepada penyedia platform apabila menerima laporan berhubung kandungan sensitif di media sosial.

Menurutnya, penyedia platform media sosial terbabit akan membuat keputusan sendiri sama ada mereka bersetuju dengan pandangan SKMM dan kerajaan.

“Sekiranya sesuatu kandungan diturunkan oleh platform tersebut, bermakna platform itu juga setuju dengan penilaian, judgement dan permintaan daripada kerajaan.

“Sebenarnya, ada juga permintaan daripada kerajaan yang ditolak oleh mereka,” kata Nie Ching pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Jelasnya, 7,000 kandungan media sosial pada tahun lalu yang mempunyai ucapan kebencian berkaitan isu 3R (bangsa, agama dan raja) dan berita palsu telah diturunkan.

Angka itu jauh lebih tinggi berbanding 271 kandungan pada 2022 dan 170 pada 2021.

BACA JUGA ‘Orang PN’ miliki portal panjangkan berita palsu tentang Siti