Akaun III KWSP akan punyai kemudahan pengeluaran terhad

Akaun III Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mempunyai kemudahan pengeluaran terhad, kata Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau turut menolak cadangan pengeluaran bersasar yang telah dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu.

“KWSP masih sibuk. Biar mereka isytihar dividen dulu. Selepas itu, pengumuman akaun III akan dibuat. Mekanisme pemecahan akaun akan diterapkan.

“Dalam era baru keselamatan sosial penting. Fokus untuk tolong menabung cukup kerana Malaysia negara menua.

“Akaun III ada kelonggaran pengeluaran terhad bukan pengeluaran bersasar,” beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut).

Akaun III KWSP akan dimulakan pada bulan April. Buat masa ini para pencarum hanya mempunyai dua akaun.

Menerusi Akaun II, pencarum boleh mengeluarkan simpanan untuk tujuan tertentu seperti untuk pembiayaan pendidikan.

Khairil turut bertanya sama ada pengeluaran bersasar akan dibenarkan.

Semasa pentadbiran perdana menteri terdahulu- Tan Sri Mahiaddin Yassin – kerajaan ketika itu membenarkan 3 skim pengeluaran wang bersasar yang dikenali sebagai i-Sinar.