HVGT akan membolehkan kerajaan peroleh RM700 juta setahun

Cukai Barangan Bernilai Tinggi (HVGT) akan membolehkan kerajaan mengutip hasil cukai sebanyak RM700 juta setahun.

Rang undang-undang berkenaan HVGT dicadangkan akan dibentangkan dalam sesi sidang yang sedang bersidang.

“Sekiranya diluluskan perundangan ini akan berkuatkuasa pada 1 Mei,” kata Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) yang bertanya jumlah jangkaan pendapatan daripada HVGT dan tarikh pelaksanaannya.