KPKM sasarkan sehingga 2.2 juta tan metrik beras putih tempatan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyasarkan untuk mengeluarkan sehingga 2.2 juta tan metrik beras putih tempatan di antara tahun 2024 sehingga 2028.
“KPKM menyasarkan sebanyak 2,030,846 tan metrik pada tahun 2024, dari tahun 2025 sehingga tahun 2028 dengan masing-masing sebanyak 2,006, 803 tan metrik, 2,119,389 tan metrik, 2,171,757 tan metrik dan 2,224,229 tan metrik,” kata menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu dalam jawapan bertulisnya kepada Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (BN-Tangjung Piai).
“Sasaran yang ditetapkan ini adalah berdasarkan unjuran Kadar Sara Diri (SSR) 75 peratus pada tahun 2025 dan 80 peratus pada tahun 2030.”
Wee bertanyakan statistik pengeluaran beras putih tempatan 2019-2023 dan kadar sasaran beras putih tempatan untuk lima tahun akan datang.
Terdahulu Mohamad berkata bahawa hasil pengeluaran beras putih tempatan meningkat sebanyak empat peratus bagi tempoh 2019 hingga 2022.
Â