Maklumat lazim cukai perkhidmatan baru

Cukai perkhidmatan yang akan berkuatkuasa mulai 1 Mac akan turut meliputi perkhidmatan pusat karaoke, pembrokeran dan penajajaminan selain kewangan, logistik, dan penyenggaraan.

Kadar cukai baharu ialah 8 peratus, umum Kementerian Kewangan.

Pengecualian kadar diberikan kepada perkhidmatan penyediaan makanan dan minuman, telekomunikasi, penyediaan ruang parkir dan logistik. Untuk perkhidmatan yang tersenarai ini kadar cukai kekal enam peratus.

Cukai kad kredit dan kad caj dikekalkan sebanyak RM25 setahun.

Peluasan skop dan perubahan kadar cukai dibuat selaras dengan kerangka Ekonomi Madani di bawah Tatakelola Terbaik Demi Ketangkasan Perkhidmatan bagi meluaskan asas hasil negara.

Peningkatan kadar cukai tidak melibatkan perkhidmatan keperluan asas.

Peningkatan kadar cukai kepada 8 peratus juga bukan faktor utama peningkatan kos barangan memandangkan kemudahan pelepasan kumpulan (group relief) dan pengecualian B2B yang bertujuan untuk mengurangkan impak cukai berganda.