MOU KXP Airport City – Tahira Air dibisukan

Apa jadi memorandum persefahaman (MOU) antara KXP AirportCity dan Tahira Air?

Pada 22 November 2023 yang lalu 1 MOU antara KXP AirportCity dan Tahira Air Sdn Bhd dibentuk untuk membangunkan Kedah Aerotropolis.

Antara kandungan perjanjian MOU itu adalah penubuhan SPV (Syarikat Khas) bagi meneruskan pembangunan projek Kedah Aerotropolis.

Tahira Air juga kena membayar RM2.5 bilion untuk kos pengambilan tanah bagi projek KXP dalam masa 90 hari dari Tarikh MOU.

Kini pada tarikh 28 Februari 2024 tempoh 90 hari itu sudah berakhir.

Apa jadi dengan MOU tersebut?

Adakah Tahira Air sudah membayar RM2.5 Bilion untuk tujuan pengambilan tanah sedangkan mereka hanya mempunyai RM2 juta modal berbayar?

Kalau Tahira Air sudah membayar RM2.5 Bilion itu maka Kerajaan Negeri Kedah dah kaya sebab dah ada duit.

Tapi kalau Tahira Air belum bayar?


Penulis Mohd Ikmal Mohd Iskandar ialah bekas penyelidik Malaysia Institute of Transports. Artikel ini asalnya diterbitkan di halaman Facebook beliau semalam.