PATI, perubatan Madani, nilai Ringgit warnai MQT
Isu pendatang asing tanpa izin (PATI), skim perubatan Madani dan penurunan nilai ringgit mewarnai sesi pertanyaan menteri (MQT) pagi ini.
Sesi pertanyaan lisan pula bermula dengan soalan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) kepada Menteri Dalam Negeri berkenaan sektor pekerjaan yang akan dibenarkan mengambil pasangan asing warga negara Malaysia untuk bekerja.
Hassan Abdul Karim (Pasir Gudang) pula membangkitkan soalan berkenaan usaha kerajaan mengatasi masalah ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang berumur 54 tahun dengan simpanan kurang daripada RM10,000.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad mengemukakan pindaan RUU Juruukur Tanah Berlesen untuk bacaan kali pertama.
Sesi debat pula akan menyaksikan ahli parlimen meneruskan ucapan terima kasih dan menjunjung titah Yang Dipertuan Agong.