Ringgit Malaysia (RM) akan mengukuh ke paras RM4.50

Kerajaan yakin nilai matawang Ringgit Malaysia (RM) akan mengukuh ke paras RM4.50, kata Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

“Para penganalisa merasakan nilai RM lebih rendah antara lapan hingga 10 peratus. Kita rasa RM akan mengukuh ke RM4.50 sebelum hujung tahun ini,” kata beliau dalam sesi jawab lisan kepada Lim Guan Eng (PH-Bagan) semasa sesi soal jawab menteri (MQT).

Beliau turut menyatakan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) memainkan peranan proaktif dalam membendung kejatuhan RM yang berlebihan.

“BNM campurtangan untuk bendung pertukaran berlebihan. Kerajaan juga menggalakkan penggunaan wang tempatan mengurangkan penggunaan dolar Amerika.

“BNM juga memperkasa RM dengan bekerjasama bersama syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk membawa pulang pelaburan asing dan menukarnya kepada RM.”

Beliau turut menyatakan bahawa semua pihak di Malaysia wajar memainkan peranan untuk membantu memulihkan nilai RM jatuh.

Antara kaedah yang dicadangkan adalah dengan menggalakan pelaburan domestik dan menangguhkan pelaburan luar.

“Galakkan sikap ‘Malaysian first’. Beli barangan domestik. Kempen melancong dalam negeri akan meningkatkan prestasi dan mengukuhkan RM.