Ini senarai kepimpinan baharu AMANAH Selangor Sesi 2023-2026
Parti Amanah Negara (AMANAH) Selangor mengumumkan barisan kepimpinan baharu setelah mengadakan mesyuarat jawatankuasa pimpinan parti itu di peringkat negeri, kelmarin. lalu.
Setiausaha AMANAH Selangor, AR Kamarul Hisham Yeop Hashim berkata, mesyuarat berkenaan diadakan berdasarkan Pindaan Perlembagaan 2023 Fasal 17.2(b)(c).
”Berdasarkan pindaan perlembagaan tersebut, dalam tempoh 21 hari selepas dilantik, Pengerusi Negeri hendaklah memanggil satu mesyuarat dalam kalangan semua Ketua dan Setiausaha Kawasan, Ketua dan Setiausaha AWAN Negeri, Ketua dan Setiausaha Pemuda Amanah Negeri dan Ketua dan Setiausaha WARDA Negeri.
”Semoga semua yang dilantik akan menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab bagi mengangkat martabat parti yang kita cintai ini,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Berikut merupakan senarai nama yang diputuskan sebulat suara bagi memegang jawatan seperti dalam Perlembagaan bagi Sesi 2023-2026:

1) Speaker – Hj Mohamad Jamil Bin Abdul Rahim
2) Timbalan Speaker – Hj Halim Bin Mohamed Redzuan
3) Juruaudit 1 – Hj Muzammil Bin Hafiz
4) Juruaudit 2 – Nordianah Binti Bachok
5) Pengerusi – YB Izham Hashim
6) Timbalan Pengerusi – YB Hj Azli Bin Yusof
7) Naib Pengerusi 1 – YB Hjh Mariam Binti Abd Rashid
8) Naib Pengerusi 2 – Ustaz Shamsul Ma’arif Bin Ismail
9) Naib Pengerusi 3 – Thanabal A/L Krishnan
10) Setiausaha – AR Kamarul Hisham Bin Hj Yeop Hashim
11) Penolong Setiausaha 1 – Zulfadzlee Shah Bin Shaharuddin
12) Penolong Setiausaha 2 – Frankie Koh Eng Kee
13) Bendahari – Hj Mazwan Bin Johar
14) Pengarah Pembangunan Sumber Manusia – Hj Norhalim Bin Sirome
15) Pengarah Komunikasi – YB Abbas Salimmi Bin Dato’ Azmi
16) Pengarah Pilihan Raya – Hj Zulkifli Bin Mohd Nani
17) Pengarah Hal Ehwal Syariah – Ustaz Azrulkhakim Bin Suradi
BACA JUGA Khalid Samad teraju AMANAH Wilayah Persekutuan hingga 2026