Rafizi gesa kelas pertengahan Bumiputera ubah jadi pencipta nilai

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menggesa kelas pertengahan Bumiputera mengubah peranan mereka daripada sebagai penambah nilai kepada pencipta nilai bagi membantu meningkatkan ekonomi negara.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, pemerkasaan dan pengupayaan golongan Bumiputera hanya akan berjaya jika golongan terbabit memiliki dan menguasai ekonomi.

Justeru, beliau menyarankan usahawan Bumiputera yang berjaya dalam perniagaan masing-masing untuk menjadi pemodal kepada syarikat pemula niaga milik Bumiputera.

“Kelas pertengahan dan profesional Bumiputera di negara ini amat besar.

“Ini boleh membuka ruang kepada mereka untuk menukar fungsi sebagai pemodal bagi syarikat pemula niaga,” ujarnya.

Rafizi berkata demikian pada sesi ‘Fireside Chat: Aspirasi Masa Hadapan Bumiputera’ sempena Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024, hari ini.

Dalam masa sama, beliau yang juga Timbalan Presiden PKR mengesyorkan syarikat pemodal swasta menanam modal dalam syarikat pemula niaga Bumiputera baharu yang ingin memulakan perniagaan.

BACA JUGA Transformasi Ekonomi Bumiputera angkat Melayu, tetapi tidak pinggirkan kaum lain