Alasan cafe ustazah tutup kerana SST naik jadi mainan netizen

Penceramah Pas, Asma’ Harun kini mendapat kecaman netizen selepas membuka cafe kedua beliau, Momen-2 selepas menutup cafe pertamanya dengan alasan terpaksa tutup kerana barangan mahal akibat dari SST.

Ini kerana kenaikan SST kepada 8 peratus untuk sesetengah barangan dan perkhidmatan mewah hanya bermula 1 Mac 2024.

Momen-2 dibuka pada 25 November lalu selepas menutup Momen Cafe yang terletak di Seremban sebelumnya.

Pelbagai nasihat diberikan kepada beliau ekoran tindakan itu oleh para netizen yang rata-rata meminta beliau tidak meletakkan kesalahan kepada harga barangan yang mahal sebagai alasannya.

Seorang ahli perniagaan, Abdul Shukur Azhar meminta penceramah Pas itu jangan menyalahkan pihak lain apabila perniagaan gagal.

“Barang mahal.

“Barang mentah yang restoran ustazah tu beli.. barang yang sama jugalah restoran lain beli. Mahal bahan mentah yang restoran ustazah tu beli, mahal jugalah restoran lain beli.

“Tak payahlah nak salahkan bahan mentah mahal.. sebab kalau itu faktor utamanya.. maka tentulah restoran lain tutup juga.

Apatah lagi restoran yang dipunyai oleh orang-orang yang tak dikenali dan tak punya pengikut… lagilah awal tutupnya,” tulis Azhar dalam facebook beliau.

Manurut Azhar, beliau tidak mahu menganjing dalam isu ini..

“cumanya bayangkan kalau bisnez saya tutup.. agak-agak apa kata walaun?

1- Tak berkat?
2- Lawan ulama?
3- Ikut DAP?
4- Khianat Melayu?
5- WalaNon?

“Fuh…. tak terbayang kecaman yang akan diterima,” kata calon Amanah yang bertanding melawan Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam pilihan raya umum lalu itu.

Seorang lagi netizen, Alexander Thomprason menyindir Asma yang menjadi cukai SST sebagai alasan kenaikan harga barangan.

“Cukai SST pada 1 Mac 2024.

“Tapi hang siap kata barang mentah jadi mahai sebab ada SST…siap tanya staff hang lagi ketika live…dan staff hang kata…

“tak ada SST ustazah.

“Ustazah Asma’ Harun …pitenah tu sebahagian menu restaurant hang kah?” kata Alex mengulas berita Asma berkata, hinaan, makian sudah jadi kebiasaan kepada beliau.

BACA JUGA Dua jam kena ‘sidai’ tapi penceramah salahkan kos bahan mentah naik