KWSP beri dividen 5.5% simpanan konvensional, 5.4% simpanan syariah

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan agihan dividen 2023 sebanyak 5.5% untuk simpanan konvensional dan 5.4% bagi simpanan syariah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, angka tersebut membabitkan agihan sejumlah RM50.3 bilion bagi simpanan konvensional manakala RM7.5 bilion untuk syariah.

Kadar dividen yang diumumkan lebih tinggi berbanding dividen yang ditawarkan pada tahun lalu.

2017 – 6.90 % (konvensional), 6.40 % (Syariah)

2018 – 6.15 % (konvensional), 5.90 % (Syariah)

2019 – 5.45 % (konvensional), 5.00 % (Syariah)

2020 – 5.20 % (konvensional), 4.90 % (Syariah)

2021 – 6.10 % (konvensional), 5.65 % (Syariah)

2022 – 5.35 % (konvensional), 4.75 % (Syariah)

“Ini bermakna, keseluruhan jumlah agihan pendapatan untuk tahun 2023 sebanyak RM57.81 bilion,” kata Ahmad Zulqarnain.

KWSP telah merekodkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM66.99 bilion, peningkatan 29 peratus berbanding 51.91 bilion pada 2022.