Penambahbaikan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, Palestin isu Dewan Rakyat esok

Sesi Dewan Rakyat esok bermula dengan soalan penambahbaikan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Soalan ini dikemukakan oleh Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) dengan hasrat menggalakkan lebih ramai orang melaporkan kegiatan rasuah.

Kemelut kemanusiaan di Palestin dibangkitkan oleh Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) yang bertanya berkenaan tindakan lanjut kerajaan dalam menangani musibah ini.

Usul menjunjung titah Yang Dipertuan Agong akan berterusan besok.