Projek LRT, RTS HSR diseragamkan sebagai sebahagian SEZ

Johor akan menyeragamkan tiga projek LRT – Laluan Skudai, Laluan Iskandar Puteri dan Laluan Tebrau ke JB Sentral yang menjadi titik pertemuan dengan Laluan Sistem Transit Rapid (RTS) Singapura sebagai sebahagian daripada usaha pembangunan zon kewangan khas (SEZ)

Menurut pengerusi jawatankuasa kerja raya pengangkutan dan infrastruktur Johor, Fazli Salleh tiga rangkaian rel ini yang menghubungkan bandar-bandar utama di Johor selatan akan meningkatkan peluang Malaysia menjadi destinasi pelaburan dalam tempoh “jangka pendek”.

“Buat masa sekarang HSR sedang dipertimbangkan untuk dibangunkan semula oleh kerajaan pusat. LRT sedang dipertimbang oleh kerajaan negeri Johor sebelum diusulkan kepada Kabinet,” kata Fazli kepada CNA.

Kita akan mempunyai bas perantara untuk menghubungkan ketiga-tiga rangkaian pengangkutan ini.

Kesemua tiga rangkaian ini akan membentuk sistem berbentuk T menerusi koridor Johor selatan.

Katanya, LRT akan meliputi jarak 30 km dan menghantar penumpang dari pusat bandar Johor Bahru ke pinggir bandar menerusi laluan Iskandar Puteri, Skudai dan Tebrau.

Projek HSR sepanjang 350 km asalnya pula akan mengurangkan waktu perjalanan KL-Singapura kepada 90 minit dan dijangka beroperasi pada tahun 2026.

Terkini Singapura telah menyatakan bahawa ia sanggup menerima cadangan pembangunan HSR KL-Singapura dalam bulan Ogos tahun lalu.

Sultan Johor merangkap Agong, Sultan Ibrahim telahpun menitahkan bahawa beliau projek HSR dibangunkan semula menerusi Forest City.

Projek rangkaian RTS dari Singapura pula kini sudah siap 65 peratus.