Agensi berpusat pemberi maklumat akan ditubuhkan tahun ini

Kerajaan akan menubuhkan agensi berpusat untuk menangani isu berkaitan pemberi maklumat pada tahun ini.

Perkara ini didedahkan oleh Timbalan Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, M Kulasegaran ketika menjawab soalan lisan di Dewan Rakyat.

“Fungsi kuasa akan lebih luas dan kita akan pastikan siasatan bebas. Kerajaan sedang lihat mekanisme pemusatan agar perlindungan eksklusif, efektif dan neutral,” kata beliau ketika menjawab soalan berkaitan penambahbaikan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat yang ditanya oleh Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor).

“Kita mahu membentuk agensi berpusat yang khusus mengenai latihan perlindungan pemberi maklumat agar fokus tatakerja lebih teratur.

“Ia akan dibentang pada tahun sekepas dasar agensi berpusat dibentang.”

Menjawab soalan tambahan Ramkarpal pula, Kulasegaran mengakui terdapat defisit kepercayaan di kalangan masyarakat namun pendedahan terbuka menyukarkan tindakan diambil.