Permohanan semakan kehakiman ke atas siasatan SPRM terhadap Daim ditolak
Permohonan semakan kehakiman terhadap siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin dan keluarganya telah ditolak oleh mahkamah.
Semakan tersebut antara lain memohon pembatalan tuduhan jenayah kerana gagal mengisytihar aset. Daim dan isterinya Naimah Abdul Khalid berdepan dengan tuduhan tersebut.
Hakim Mahkamah Tinggi Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam keputusan menolak semakan kehakiman tersebut menyatakan bahawa Daim gagal menunjukkan wujudnya niat jahat dalam siasatan SPRM.
Mereka berdua sepatutnya hanya membuat permohonan mencabar tuduhan tersebut di Mahkamah Sesyen (Jenayah) Kuala Kuala Lumpur.
Affidavit sokongan Daim mendakwa bahawa siasatan SPRM tidak berasas dan bersifat mencari kesalahan, lapor Malaysiakini.
Daim mendakwa SPRM lewat menyatakan tuduhan yang dikenakan ke atasnya.
Tokoh hartawan tersebut turut mempersoalkan mengapa individu lain yang dinamakan di dalam Pandora Papers tidak disiasat oleh SPRM.
Â