Syarikat kapal Mirzan disiasat SPRM selepas menerima RM836 juta dari Petronas
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat semua penerima bantuan kewangan korporat era mantan perdana menteri – Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ini termasuk bantuan pengambilalihan aset perkapalan Mirzan Mahathir pada Mac 1998 bernilai RM836 juta oleh Petronas.
Turut disiasat ialah dana RM1.79 bilion untuk mengambilalih kepentingan Tan Sri Tajuddin Ramli di Malaysia Airline System (MAS), lapor CNA.
Siasatan ke atas suntikan dana Petronas kepada Konsortium Perkapakan Berhad yang sahamnya dimiliki 51 peratus oleh Mirzan juga bermasalah untuk Mahathir.
Ini kerana Petronas memberikan laporan langsung kepada perdana menteri dan semua pelaburan, pembelian dan penyahlaburan perlu mendapat persetujuan perdana menteri dan lembaga pengarah.
Siasatan SPRM terhadap pengambilalihan MAS oleh kerajaan turut berkaitan dengan mantan menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.
SPRM sedang meneliti punca di sebalik keputusan kerajaan membayar premium tinggi untuk 29 peratus kepentingan ekuiti yang dipegang Tajudin.
Badan anti-rasuah juga sedang menyiasat aktiviti korporat platform dagangan Singapura – Central Limit Order Book (CLOB) dan pengambilalihan Multi-Purpose Holdings Bhd lewat 1990-an.
Siasatan ke atas dua kes ini dikaitkan dengan seorang ahli perniagaan Singapura Akbar Khan yang rapat dengan Daim.
Â