Kunjungan Anwar dapat liputan muka hadapan akhbar The Australian

Kunjungan sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Australia selama empat hari diberi liputan muka hadapan dalam media antarabangsa.

Salah satu akhbar terbesar di sana iaitu The Australian menerbitkan halaman muka depan yang memaparkan Anwar berjabat tangan dengan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese.

Akhbar itu menerbitkan tajuk “PM’s $2bn gateway to tap Asia opportunities“.

Anwar

Malaysia dan Australia meneroka peluang kerjasama dalam bidang baru ketika kedua-dua negara memulakan era progresif baharu, dengan tiga tonggak utama yang dikenal pasti adalah kemakmuran ekonomi, masyarakat dan teknologi, serta pertahanan dan serantau.

Bagi mencapai matlamat itu, Anwar berkata beliau bersedia untuk bekerjasama erat dengan Albanese bagi mengangkat hubungan yang telah lama terjalin ke tahap lebih tinggi.

Perdana Menteri berkata, Malaysia dan Australia yang akan meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik pada tahun depan, telahpun membina kerjasama mantap dalam pelbagai bidang kerjasama.

BACA JUGA Pergi balik kerja naik motor saja, duit KWSP cecah RM1 juta