Pindaan perlembagaan berhubung kewarganegaraan bayi perlu ditarik balik

Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) mempersoal cadangan pindaan perlembagaan berhubung kewarganegaraan bayi yang telah dikemukakan oleh Kementeridan Dalam Negeri kerana ia bertentangan dengan keputusan kes Mahkamah Persekutuan pada 2021.

Ramkarpal yang juga bekas timbalan menteri undang-undang dan institusi reformasi mencadang agar pindaan perlembagaan tersebut ditarik balik atau ditangguhkan.

“Keputusan kes ‘foundling’ dalam CCH dan lain lawan Pendaftar Besar Kelahiran dan Kematian (2021) memutuskan bahawa foundling perlu diberi kewarganegaraan jika Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat membuktikan kelahiran tersebut dari luar Malaysia.

Pindaan ini logik atau tidak kerana ia memerlukan foundling memohon kewarganegaraan. Bukankah ini pindaan regresif dan bercanggah dengan Malaysia Madani dan reformasi undang-undang dan ia juga memberi kesan kepada masalah statelessness (tidak bernegara)?

“Ia juga bercanggah dengan pendirian UNHCR.

Beliau berkata alasan yang diberikan pihak kementerian ialah ancaman keselamatan.

“Adakah kementerian menjalankan kajian untuk mengatasi masalah foundling? Bagaimana pula dengan masalah pengabaian? Sekiranya ya, nyatakan penemuan kajian
Ia takkan capai matlamat kerana matlamat foundling, pati berpunca dari sebab lain. Ia juga ada kaitan dengan penguatkuasaan.

“Saya amat khuatir. Minta tarik balik atau tangguh.”

Ramkarpal turut berkata bahawa pindaan berkaitan bersifat mengambilalih kuasa mahkamah

“Kuasa kehakiman dikeluarkan dan ini bercanggah dengan keluhuran perlembagaaan.”

Beliau turut menyifatkan kuasa kewarganegaraan menerusi pendaftaran sebagai satu kaedah yang mundur kerana proses pendaftaran mengambil masa yang lama.

“Jangan kemukakan cadangan pindaan tanpa maklum balas daripada pemegang taruh. Pendaftaran akan maakan masa bertahun. Kuasa akan diturunkan kepada pegawai.

“Pindaan bertentangan dengan kerajaan madani yang bersifat reformasi.

Beliau turut bertanya sama ada Akta Perkhidmatan Parlimen akan dikuatkuasakan tahun ini, status pemisahan kuasa peguam negara dan ombudsman.