Penggunaan teknologi solar, gaji anggota polis yang tidak sepadan di Dewan Rakyat
Sesi Dewan Rakyat hari ini menyaksikan persoalan menarik berkaitan antaranya, penggunaan teknologi solar, gaji anggota polis yang tidak sepadan dan pemerolehan semula aset yang diperdayakan.
Young Syefura Othman (PH-Bentong) membangkitkan status terkini penggunaan teknologi solar untuk penggunaan domestik.
Secara khususnya beliau bertanya mengenai langkah kerajaan menurunkan harga pemasangan solar untuk rakyat tidak berkemampuan dan jumlah syarikat yang menawarkan model langganan dengan kos sifar.
Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) pula membangkitkan isu gaji baharu anggota polis yang tidak sepadan dengan keadaan ekonomi.
Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (BN-Pekan) pula membangkitkan persoalan mengenai keberkesanan Bank Negara dalam memperoleh semula aset dan wang hasil pemerdayaan.
Ia akan diteruskan dengan sesi mengucapkan terimakasih dan menjunjung titah Yang Di Pertuan Agong.