Taylor Swift di Singapura dah terbukti, Malaysia perlu ada ‘anchor’ tarik duit
Oleh IZZUDDIN YUSSOF
Tahukah anda sesetengah mall mengenakan bayaran sewa yang tersangat rendah kepada sesetengah pihak yang boleh tarik orang untuk datang ke mall itu.
Dalam dunia hartanah, mereka ini dipanggil sebagai anchor tenant, contoh macam wayang.
Bukan saja mereka ini dapat sewa murah, sesetengah tu dapat percuma pun lagi. Ruang punya besar, tapi tak perlu bayar sewa.
Sekarang, kerajaan Singapura mula membuat perkara yang sama dengan dunia hiburan.
Perdana Menteri Thailand mengatakan yang Singapura memberikan subsidi sebanyak USD3 juta untuk setiap konsert yang dibuat oleh Taylor Swift.
Syaratnya, Taylor Swift tidak membuat konsert dia di mana-mana negara Asia Tenggara yang lain.
Bayangkan dia buat secara keseluruhan 6 kali konsert di Singapura bulan ini. Maksudnya kerajaan Singapura bayar dia sejumlah USD18 juta, atau RM85 juta untuk bolot konsert Taylor Swift.
Hasilnya?
Semua peminat Taylor Swift sanggup datang Singapura semata-mata nak datang ke konsert dia dengan anggaran lebih daripada 300,000 tiket terjual dengan nilai sebanyak SGD75.2 juta (rasanya lebih lagi sebab jualan tiket masih dibuka dari semasa ke semasa).
Dah datang Singapura, orang akan tidur hotel, ambil teksi, makan di restoran, bayar cukai, dan segala sewaktu dengannya.
Segala duit yang mengalir masuk ke dalam Singapura oleh pelancong luar ini sama macam kesan kerajaan memberikan subsidi kepada rakyatnya.
Katakanlah kalau kita anggarkan pelancong tu berbelanja di Singapura pada nilai 50% daripada harga pembelian tiket.
Maka ianya ibarat kerajaan Singapura membelanjakan sebanyak SGD24 juta, untuk memberikan kesan ekonomi yang sama seperti memberi subsidi sebanyak SGD37.5 juta
That’s a very good deal for the Singapore Government.
Malaysia?
Susah. Sebab ada golongan yang bila konsert artis luar je bukan main dia kata haram, konsert tempatan diam seribu bahasa.
Tapi realitinya, kita perlu ada ‘anchor’ untuk jadikan duit daripada rakyat negara lain datang ke Malaysia.
BACA JUGA 2024 masa untuk fokus ekonomi, jadikan Malaysia kembali disegani