Bersatu ‘the weakest link’ dalam PN, tunggu retak menanti belah

Susulan pengumuman Adun Bersatu yang menyokong kepimpinan Menteri Besar Selangor, Adun Kota Anggerik Mohd Najwan Halimi menyifatkan kedudukan parti itu di Selangor seperti retak menanti belah.

Najwan yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor berkata, Bersatu ternyata adalah ‘the weakest link’ dalam gabungan Perikatan Nasional.

“Selepas enam ahli Parlimen mereka umum sokongan kepada Kerajaan Madani di peringkat Persekutuan, kini ADUN mereka di Selangor pula melakukan tindakan sama.

“Pengumuman ADUN Selat Klang yang secara terbuka menzahirkan sokongan kepada kepimpinan (Menteri Besar) Datuk Seri Amirudin Shari membuktikan Bersatu di Selangor mulai berpecah dan semakin melemah,” katanya dalam satu hantaran di aplikasi X malam tadi.

Mohd Najwan turut menyifatkan Bersatu pada hakikatnya sekadar bergantung nyawa dengan kekuatan Pas untuk hidup.

Adun Selat Kelang, Abdul Rashid Asari, mengumumkan beliau kini menyokong kepemimpinan Amirudin selaku menteri besar.

Abdul Rashid merupakan bekas pengerusi Bersatu Selangor dan pernah menjadi exco negeri itu semasa PH menjadi kerajaan negeri.

Abdul Rashid berkata, keputusan ini dibuat dengan rela hati tanpa sebarang paksaan setelah beliau meneliti titah ucapan Sultan Selangor, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang memuji pentadbiran kerajaan Selangor berada di landasan tepat, demi kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat.

BACA JUGA Guru PASTI pun bergaji bawah kemiskinan, ironi bila Hadi petik soal pencen