Cerminlah diri Azmin, Rashid sudah lari

Ketua Pembangkang Datuk Seri Azmn Ali perlu mencermin diri susulan daripada keputusan ADUN Selat Kelang Datuk Abdul Rashid Asari mengalihkan sokongannya kepada Menteri Besar Datuk Seri Amiruddin Shari.

“Azmin Ali seharusnya mengambil cermin dan melihat diri sendiri kerana beliau adalah antara dalang utama pengkhianatan sewaktu menumbangkan kerajaan pilihan rakyat melalui Langkah Sheraton.

“Keputusan Datuk Abdul Rashid tidak mendatangkan sebarang dampak negatif kepada pentadbiran kerajaan malah bakal menjadi pemangkin kepada kerjasama erat antara Ahli Dewan Negeri dari Pembangkang dengan polisi dam dasar Kerajaan Negeri,” kata naib pengerusi II, Majlis Pimpinan PKR Selangor Dr Gunaraj George.

Rashid telah mengumumkan bahawa beliau menyokong pentadbiran Amirudin semalam.

Gunaraj yang juga adalah Adun Sentosa menambah bahawa MPN Selangor mentafsirkan tindakan Rashid sebagai penolakan kepada Azmin dan percaya pelbagai kejutan politik akan berlaku dalam masa terdekat yang mendedahkan kelemahan Bersatu di Selangor.

Azmin sendiri pada satu ketika dahulu telah menolak PKR dan menyertai Bersatu.