Guru PASTI pun bergaji bawah kemiskinan, ironi bila Hadi petik soal pencen

Isu gaji guru PASTI yang dibayar rendah daripada kadar gaji minimum iaitu RM1,500 masih lagi menjadi perbincangan hangat yang belum menemui titik nokhtah.

Guru-guru PASTI ini dibayar serendah RM500 bergantung kepada yuran yang dibayar ibu bapa. Yurannya pula berbeza mengikut kawasan bandar atau pedalaman.

Mereka tidak mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), tidak mempunyai pencen dan dikatakan tidak dibayar tuntutan kerja lebih masa.

Komitmen guru-guru ini sering mendapat pujian ibu bapa yang berpuas hati dengan cara mengajar warga pendidik di PASTI. Begitupun gaji yang dibayar dengan kadar rendah adalah sangat tidak berpatutan.

Pusat Asuhan Tunas Islam atau PASTI merupakan pusat pendidikan prasekolah milik Parti Islam Se-Malaysia. Ia dikelola oleh Jabatan PASTI, sebuah jabatan di bawah Dewan Pemuda Pas Malaysia.

Isu kebajikan guru PASTI mula dibangkitkan ramai pihak selepas Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada semalam tidak berpuas hati dengan langkah menghapuskan pencen wakil rakyat.

Ironi betul. Dalam keadaan guru PASTI dibayar gaji yang di bawah garis kemiskinan, Abdul Hadi pula mengutuk lagkah menghapuskan pencen.

Di Dewan Rakyat semalam, ahli Parlimen Marang itu mendakwa penghapusan pencen penjawat awam adalah bertentangan dengan Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW.

Presiden Pas itu mendakwa skim pencen telah diperkenalkan oleh nabi ketika baginda menjadi ketua negara Islam pertama di Madinah.

“Satu contoh yang perlu diambil perhatian: cadangan menghapuskan pencen pesara tak wajar dibangkitkan dan tak Madani,” katanya

Tambah Abdul Hadi jasa kakitangan awam perlu dinilai bukan dari segi material saja sebaliknya jasa dan khidmat mereka kepada negara selama ini.

Katanya, Nabi Muhammad telah menetapkan imbuhan – yang boleh dianggap pencen – kepada penjawat awam di Madinah dan ia kemudian diteruskan selepas baginda wafat.

Guru PASTI

BACA JUGA Konsert Taylor Swift: Faizal Azumu, Wan Fayhsal tak sebulu