JaPen sahkan tempoh sah laku kad perakuan media

Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) telah mengesahkan tempoh sah laku kad perakuan media yang digunakan oleh pengamal media.

Pengamal media rasmi kerajaan dan media tempatan termasuk media tempatan akan memperoleh kad selama dua tahun.

Kad perakuan untuk media antarabangsa yang diwakili warga Malaysia mendapat kad selama dua tahun. Ini adalah penambahan setahun.

Pengamal media kontrak dan pengamal media antarabangsa bukan warga Malaysia pula diberikan kad perakuan selama setahun.

Kad perakuan selama enam bulan hanya diberikan kepada pengamal media dalam talian yang baru berdaftar dengan Jabatan Penerangan.

Tempoh enam bulan diberikan untuk memastikan media aktif, sahih dan tidak menyebarkan maklumat palsu.

Tempoh sah laku di atas berkuatkuasa mulai hari ini.

Pengumuman ini dibuat sebagai respon ekoran timbul kekeliruan berhubung tempoh waktu sah kad tersebut yang dikatakan telah