Minyak masak bersubsidi kekal di tahap 60,000 tan sebulan

Kuota pembungkusan minyak masak paket bersubsidi dikekalkan pada kadar 60,000 tan sebulan sepatutnya cukup untuk menampung keperluan penduduk di Malaysia, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau mendedahkan perkara tersebut dalam jawapan bertulisnya kepada Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) yang bertanya samada kuota pengeluaran minyak masak bersubsidi akan ditingkatkan.

Ia susulan kebenaran pembelian minyak masak turut diberikan kepada warga asing.

Datuk Armizan turut menambah bahawa satu mekanisme sedang dibangunkan untuk menyasarkan minyak masak bersubsidi kepada mereka yang layak membeli di peringkat runcit.