OPR kekal 3 peratus

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR), pada kadar tiga peratus hari ini

Dalam satu kenyataan media, BNM berkata, pendirian dasar monetari terus menyokong ekonomi dan konsisten dengan penilaian semasa berhubung prospek inflasi dan pertumbuhan.

Ia berkata, MPC akan terus berwaspada terhadap perkembangan semasa bagi memaklumkan penilaian prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.

“MPC akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil,” menurut kenyataan itu lagi.