PM Anwar jalan kaki pun walaun ramai ‘sentap’
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjalan kaki waktu malam terakhir di Australia pun, pembangkang yang dipanggil walaun ramai ‘sentap’.
Mereka dilihat menyindir aktiviti dilakukan Anwar di Melbourne yang merupakan ibu kota pantai negeri Victoria di tenggara Australia itu.
“Dekat negara sendiri tak nak pulak jalan kaki ‘kan?
“Ya la kan berjalan kaki di perantauan sebab negara sendiri kekurangan keperluan asas laluan pejalan kaki,” demikian antara komentar sinis di platform X Anwar.
Malah, ada juga yang berkata, rakyat kononnya mahu mendengar jumlah pelaburan yang berjaya diraih semasa Anwar di negara itu.
Padahal, beberapa syarikat Australia pada 5 Mac lalu sudah pun menyatakan hasrat kepada Malaysia untuk meneruskan pelaburan sebanyak RM24.5 bilion.
“Rakyat nak dengar apa yang telah dicapai dari segi pelaburan semasa di Australia. Bukan nak tau pasal berjalan kaki di tepi sungai,” tulis Zaidil @ketam47 pula menerusi laman X rasmi Perdana Menteri.
Terdahulu, Anwar, 76, memberitahu beliau berjalan kaki di sekitar Sungai Yarra yang ikonik bagi Melbourne dengan panjang 242 kilometer.
“Malam terakhir di Melbourne, saya dan Tengku Zafrul menggunakan kesempatan yang ada dengan berjalan kaki di sekitar Sungai Yarra selepas selesai tugasan rasmi.
“Terima kasih Melbourne, sampai jumpa lagi,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan.
Dalam sidang media hari kedua lawatan Anwar ke Australia pada 5 Mac lalu, beliau memberitahu telah dapat mengadakan pertemuan dengan pengurus utama 20 syarikat besar.
Jelasnya, pertemuan itu termasuk 18 syarikat dan beberapa pengimport utama serta pelabur dengan jumlah keseluruhan yang memohon keizinan untuk meneruskan pelaburan mencecah RM24.5 bilion.
“Ini satu kemajuan membanggakan dan menunjukkan minat Australia serta keyakinan mereka kepada dasar yang kita umumkan selama ini.
“Ini akan diberi ruang permulaan 1,200 tenaga mahir di Malaysia,” kata Anwar, lapor media.
Perdana Menteri turut berkata, dari segi perdagangan, kunjungan ke Australia itu juga berjaya menjana potensi jualan eksport Malaysia sebanyak RM962.1 juta.
Jumlah itu termasuk urea, produk kayu, makanan dan minuman serta komponen elektrik.
BACA JUGA Guru PASTI pun bergaji bawah kemiskinan, ironi bila Hadi petik soal pencen