Kemudahan penjagaan anak, warga tua perlu untuk tingkatkan tenaga kerja wanita

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong mahu kemudahan penjagaan anak dan warga tua disediakan agar kadar tenaga kerja wanita Malaysia boleh dipertingkatkan.

Beliau berkata kebanyakan wanita tidak menjadi tenaga kerja kerana menjaga anak dan ibu bapa yang sudah berumur.

“Sepatutnya lebih ramai wanita, terutamanya daripada golongan kurang berada, perlu menyertai sektor pekerjaan bagi membolehkan mereka bekerja sepenuh masa.

“Yang perlu dilaksanakan sekarang adalah menyediakan kemudahan penjagaan anak dan orang tua,” kata beliau dalam ucapan Hari Wanita Sedunia.

Liew yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri dan ADUN Perling mendedahkan bahawa kadar penyertaan tenaga kerja Malaysia menurut statistik Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) pada 2022 ialah 56.3 peratus, lebih rendah berbanding lima Asia Tenggara lain.

Liew turut menegaskan permasalahan gaji masih rendah untuk lelaki dan wanita.

Keadaan ekonomi kurang berada akan memaksa si suami sahaja bekerja manakala isteri bekerja di dalam sektor tidak formal.