Pelabuhan sementara di Gaza untuk penghantaran bantuan kemanusiaan akan dibina
Tentera Amerika Syarikat akan bina pelabuhan sementara di Gaza yang akan digunakan untuk penghantaran bantuan kemanusiaan menerusi jalan laut.
Perkara ini akan diumumkan oleh Presiden Joe Biden menerusi ucapan State of the Union besok.
Operasi ini akan bermula di Cyprus dan tidak melibatkan penggunaan tentera AS, kata para pegawai presiden semasa taklimat berita, lapor Reuters.
Mereka turut mendedahkan bahawa Hamas melambatkan rundingan dengan Israel melibatkan gencatan senjata selama enam minggu dan pembebasan tebusan.
Ini kerana Hamas di Gaza tidak bersetuju untuk membebaskan mereka yang sakit dan berusia.
Seorang pegawai berkata bahawa tawaran gencatan senjata untuk tebusan sudah dikemukakan selama lebih seminggu sejak rundingan terhenti di Mesir.
Dia juga menekankan keperluan untuk gencatan senjata sementara bagi membolehkan bantuan segera dihantar kepada penduduk Gaza.
Usaha pembinaan pelabuhan dibuat kerana Biden berdepan tekanan politik termasuk gerakan protes daripada pengudi Demokrat yang mengancam untuk mengekang sokong mereka kepada presiden semasa pilihan raya dalam bulan November.